Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Monday, March 17, 2008

Ajai dah nak kahwin!!

Share










Penyanyi dan komposer popular yang mendapat jolokan duda popular Malaysia, Ajai akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil pengawai kanan di syarikat pengurusan artis Maestro Talent Management Sdn Bhd, Liza sebagi isteri yang sah pada bulan Julai akan datang.

Sebelum ini, tanah air digemparkan gosip serta gambar mesra Ajai disamping beberapa wanita jelita sehingga timbul salah faham di kalangan peminat yang menganggap Ajai se bagai kasanova dan suka bertukar-tukar pasangan.

“Insya Allah hujung minggu ini saya akan berjumpa ibu dan ayah Liza untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai hasrat saya. Saya mengharapkan, penjelasan ini akan menamatkan segala spekulasi dan cerita-cerita kurang manis yang sering diperkatakan mengenai diri saya,”kata Ajai.

Jelasnya, hasratnya itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak keluarga. Ajai bakal berkunjung ke rumah keluarga bakal isterinya itu di Pulau Pinang hujung minggu ini untuk menyampaikan hasratnya untuk mengambil Liza sebagai isterinya.

Ikrar Ajai, mahu memperbaiki kesilapan lalu dan menjadi suami yang baik sebaik mereka berdua diijabkabulkan kelak. Beliau turut berdoa perkahwinan kali ini akan bahagia ke akhir hayat. Malah Liza pun turut menyatakan kesediaannya untuk berumahtangga dan menjadi isteri Ajai. Kalau dah dapat tarikh yang sesuai untuk naik pelamin, jangan lupa jemput Team Mangga ye.
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-