Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Tuesday, February 19, 2008

Cerita Seram:Si Toyol Gendut

Share







> Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo
> usang yang telahlama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan
> anak-anak,
> dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal
> sekali dengan beliau di banglo tersebut.
>
> Pada suatu malam,malam pertama,Razak terdengar riuh rendah di dapur.
> Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau
> mendapati
> seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.
>
> Lantas,beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan
> tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.
>
> Toyol : Maafkan aku..aku lapar.
> Razak : Takperrr..aku maafkan tapi dengan syarat.
> Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
> Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
> Toyol : Alahhhhh...kacang ajer.
> Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang
> sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
> Toyol : Apa tugasnya?
> Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat
> bulu ketiaknya) Nah...aku nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya tak
> lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
> Toyol : Alahhhhh...lagi kacangggggg.....
>
> Sejak malam itu,setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan
> tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu
> tersebut
> tak jugak lurus-lurus..puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir
> 6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan
> takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak,beliau tetap tekun.
>
> Pada suatu hari seperti dijanjikan,datanglah isteri dan anak-anak Razak
> tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit
> gangguan
> pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.
>
> Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri
> dan
> anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak
> di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak & isteri
> Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang
> asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk!!!! isteri
> Razak
> jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya terselak
> ke
> atas perut...Alangkah terkejutnya si toyol....
>
> Toyol : Makkkkkk...mati aku...banyak lagi bulu yang nak kena lurus
> daaaaaaaaa.....
>
> Selepas kejadian itu..larilah si toyol dan tidak datang-datang lagi ke
> banglo
> berkenaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-