Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Wednesday, October 24, 2007

Mustapha menggeletar...anak gadis jatuh dari tgkt 3 kondo!

Share








MENGGELETAR tubuh pelakon terkenal, Mustapha Kamal, 46, apabila mendengar berita menyayat hati membabitkan anaknya, Ayuna, 15, yang terjatuh dari tingkat 13 kediamannya, Ahad lalu.


Ayuna kini berada dalam keadaan koma dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, adalah anak perempuan Mustapha hasil perkahwinan bersama penerbit drama, Yong Rahimah Johari, 50, pada Julai 1988. Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Ayuni, 13.Mustapha ternyata meluahkan perasaan kesalnya terhadap kejadian yang berlaku dan menganggap ia sebagai ketentuan takdir.


"Apabila mendapat tahu anak saya mengalami cedera parah akibat terjatuh dari kediamannya melalui rakan bekas isteri, Gina (Lahre) perasaan saya mula berkecamuk. Tubuh saya menggeletar dan berpeluh apabila menerima berita yang cukup menyayat hati itu.


"Sehinggakan saya tidak mampu melakukan apa-apa. Malah saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk memandu kenderaan ke hospital berkenaan," katanya.Selepas tiba di hospital, Mustapha yang tidak dapat menahan perasaan sebak terus melihat dan memeriksa keadaan anaknya itu. Pihak hospital memaklumkan kecederaan serius yang dialami menyebabkan Ayuna terpaksa dibedah segera. Pembedahan yang dijalankan pada lewat malam itu mengambil masa selama lebih 4 jam.Menurut Mustapha lagi, hubungannya dengan anak-anak sentiasa baik dan tidak timbul persengketaan di antara mereka."Sebelum ini, masyarakat hanya mengetahui mengenai hubungan saya dan anak-anak melalui sebelah pihak saja. Justeru, sebagai bapa, perasaan kasih dan sayang tetap ada.



"Hubungan kami sebenarnya cukup rapat walaupun dia (Ayuna) tinggal bersama bekas isteri. Sebagai anak sulung dia juga selalu bermanja dengan saya selain kerap mengirimkan SMS," katanya.




Onna

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-