Search in my-sensasi !! upgraded

RECENT POST @ Entri Terkini

Friday, September 21, 2007

Rossa Sedia Maafkan Suami Curang

Share










Penyanyi jelita Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 29, atau Rossa, sedia memaafkan suaminya, Yoyo demi mempertahankan rumah tangganya, meskipun kisah kecurangan Yoyo, yang juga pemain dram kumpulan Padi, disiarkan di televisyen.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini kami masih lagi suami isteri. Rasa terluka itu memang tidak dapat dinafikan. Ia masih berbekas di hati saya. Ialah wanita mana yang sanggup mendengar atau menerima hakikat kecurangan suaminya setelah seluruh jiwa raga diberikan.

“Saya juga manusia biasa. Namun saya terima ini sebagai dugaan. Yoyo pula semakin berusaha dan menunjukkan kesungguhannya untuk memenangi hati saya kembali.

“Dia nampaknya semakin berubah dan menyesali perbuatannya mengkhianati saya sehingga mahligai bahagia yang kami bina bersama dulu menjadi hambar sejak peristiwa itu,” katanya.

Rossa yang berada di Kuala Lumpur ketika majlis berbuka puasa syarikat rakaman Suria Records (SRC) baru-baru, nyata bersikap terbuka dan sedia berkongsi hal ‘dalam kainnya’ dengan media Malaysia.

Ia juga secara tidak langsung menjelaskan keadaan sebenar rumah tangganya ketika ini, sekali gus melenyapkan gosip yang bertiup kencang di negaranya mengatakan Rossa memfailkan permohonan cerai.

“Itu cerita bohong. Saya tidak pernah ke mahkamah untuk menuntut cerai seperti yang dilaporkan akhbar Indonesia. Tiada sebarang tuntutan cerai dibuat bahkan perjumpaan dengan pihak guaman seperti yang digembar-gemburkan juga tidak pernah wujud.

“Hubungan saya dengan suami masih seperti biasa,” katanya.

Mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, Rosaa berkata, tentunya kehadiran anak mereka, Rizky Langit Ramadan cukup membahagiakannya.






“Aidilfitri yang lepas Rizki masih dalam kandungan namun sambutan kali ini lebih bermakna kerana kami dapat meraikan hari raya bersama.






“Paling manis setiap kali berbuka, dia pun ikut makan dan melihat keletahnya itu sangat membahagiakan. Lagi pula sekarang ini sudah pandai panggil mama dan sedang asyik belajar berjalan.

“Kebetulan pada 30 Oktober ini, Rizki genap satu tahun sementara saya pula meraikan ulang tahun ke-30 pada 9 Oktober. Justeru, lebaran kali ini akan dilangsungkan satu majlis besar-besaran untuk meraikan ulang tahun kelahiran saya dan anak,” katanya.

Rossa berkata, lumrah hidup orang berkeluarga perbelanjaan juga makin meningkat mengikut keperluan.

“Segala kelengkapan Rizki menjadi keutamaan. Sementara saya dan suami lebih senang pakai apa yang ada. Ramadan pula menjadi ruang terbaik untuk saya beristirahat dengan keluarga serta menunaikan ibadah.

“Undangan nyanyian tidak begitu banyak di bulan puasa melainkan terbabit dengan rakaman program hari raya. Justeru, rutin harian saya hanya di rumah, meluangkan waktu bersama anak selain menunaikan solat Tarawih.

“Ternyata selepas 11 bulan bekerja keras, tempoh sebulan berpuasa ini cukup mendamaikan hati. Sekurang-kurangnya saya dapat menghabiskan masa dengan keluarga sebelum kembali sibuk menjalani proses rakaman album selepas Aidilfitri nanti.

“Untuk album terbaru ini, saya akan merakamkan dua lagu ciptaan Yoyo. Salah satunya lagu Impas,” katanya

Tuesday, September 18, 2007

Spedo Rama

Share







Yes uols.. ari tu mak ade berchatting dengan seorang adik2 nih. Dia kempunan sgt nak jamah sekor aska.
Tapi alkisahnya, adik2 ni dinch drag so kira susah ley nak dpt abg aska githuw.SO mak pon bagi la kontek sekor aska yg memang le senang untuk dijamah githuw. Pendek kata, abg aska ni aka JERUNG, memang makanan ponen githue. *matila Nadia! ops..

Apa2 pon, mak nak nasihat kan adik2 yg baru nak menceburi dunia aska ni, agar bersedia dengan keletah jantan yg boleh menunggangterbalikkan dunia adik2 kalau tak di kawal selia githuw.

Yes uols.. mak yg dah makan banyak rimau ni pon masih lagi berwaspada. Sebab depa ni memang mencari kesempatan. Apatahlagi kesempatan yg mendatang githuw. Dan dalam kepala depa ni .. cuma nak buang air dan dispedo sajork.

So kalau adik2 tak bersedia,. mrasalah uols nanti bergolokgadai sebab dok spedo jantan.Pada mak., bab Spedo-Rama ni biasa jer.. asalkan kena tempatnya. Seperti uols menspedo jantan TESTIMONIALS yg diidam idam kan.

Pernah mak dapat tahu yg ponen Azi berhabis hampir rm4000 untuk jantan dia.. AIyoh.. pening mak dengar uols.. pastu jantan tu tetap tinggalkan dia!.Mak pon penah spedo-rama. Tpi tak de la sampai tahap lagu tu lagi. Lagipon, ROI mak tu berbaloi. *matila

SRJom kita baca sms dari rimau ni..

Ayat mula2 baik skals..


TIba2 trus gugur bOM minta mak spedo topap!



Kan..hanjengss kann.Tetap nak paw mak dengan pantas dan tanpa segan silu.!

Monday, September 17, 2007

Pierre : Saya Pernah Sayang Fasha

Share








Pierre mengaku terbawa-bawa watak Kogi yang sayang pada Nia, lakonan Fasha (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Jawapan ‘hanya kawan’ dan ‘kami tetap berkawan’ terus diungkapkan oleh Pierre tatkala diajukan pandangannya tentang gosip baru antara Fasha dan Hans Isaac.


Tetapi, jejaka berusia 22 tahun ini tidak segan-silu mengakui pernah menyimpan perasaan ’sayang’ terhadap gadis itu.


“Memang saya akui, ada perasaan sayang tu. Tapi, akhirnya saya sedar perasaan itu sebenarnya wujud kerana saya terbawa-bawa sikap dan watak Kogi yang sayangkan Nia (Fasha) dalam filem 9 September.


“Kadang-kadang sebagai pelakon, memang kita akan terbawa-bawa watak yang kita lakonkan di luar set. Itu saya tidak nafikan.


“Saya sendiri sebenarnya kena kawal perasaan dan perlu ingat pada prinsip saya yang tidak mahu terjerumus dalam cinta lokasi.


“Tetapi, katakan saya ada simpan perasaan pada Fasha pun, saya tidak ada hak untuk halang sesiapa saja yang dia suka sebab kami pun tidak pernah declare hubungan kami lebih dari kawan.


“Dia ada hak berkawan dengan sesiapa dan sehingga hari ini kami berdua masih rapat dan saling menghubungi antara satu sama lain. Kami tidak pernah bercinta pun sebab masing-masing memang sibuk.


“Saya pun banyak mengarah filem sekarang ini dan tengah buat persediaan untuk filem arahan saya yang ketiga tidak lama lagi,” kata Pierre yang ditemui baru-baru ini.
Beralih topik dan mengulas pula tentang projek terbarunya, kata Pierre, dia kini di dalam proses untuk menyiapkan dua buah skrip filem iaitu Playboy dan Undercover.


Pierre antara Pengarah harapan David Teo, bos Metrowealth



“Kedua-dua filem ini masih akan diterbitkan oleh Metrowealth. Kemungkinan selepas raya nanti kita akan mulakan dengan filem bercorak aksi yang memaparkan dunia polis iaitu Undercover dulu.


“Buat masa ini, saya belum boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi sebab skrip masih di dalam proses.


Pierre antara Pengarah harapan David Teo, bos Metrowealth
Tetapi, terkejut juga kerana David Teo masih meletakkan kepercayaan pada saya walaupun dua buah filem arahan saya masih lagi belum ditayangkan,” jelas Pierre.Filem 9 September akan ditayangkan di pawagam pada 1 November ini dan ia mengisahkan bagaimana Nia (lakonan Fasha), perempuan yang berpewatakan kasar dan ganas ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak itu, dia menyimpan dendam terhadap lelaki.


Mangsanya adalah Kogi (Pierre), seorang lelaki yang baik dan jujur yang sering dibuli oleh Nia. Lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik di dalam diri masing-masing sehinggalah kekasih lama Nia kembali ke pangkuannya.


Maanakala filem keduanya yang juga menampilkan genre romantik komedi, I’m Not Single baru saja selesai menjalani penggambaran.


Filem yang bakal menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini membariskan


pelakon muda sebagai tunggak utamanya iaitu Farid Kamil dan bintang baru, Lisa Surihani.I’m Not Single mengisahkan tentang Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan keluarga masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil.
Walaupun tiada perasaan cinta dan saling membenci antara satu-sama lain, Adam dan Maya tiada alasan kukuh untuk membantah perkara tersebut walaupun pada masa yang sama, Maya sendiri sudah mempunyai teman lelaki, Dani dan juga telah merancang untuk berkahwin.
Pelbagai peristiwa lucu dan konflik terjadi pada pasangan ini lebih-lebih lagi apabila Maya meminta untuk diceraikan walaupun ketika itu mereka sudah mula mengenali diri masing-masing.


“Bagi saya, seboleh mungkin saya ingin seimbangkan antara kuantiti dan kualiti. Saya risau juga dengan kemampuan saya. Saya takut dengan expectation orang ramai terhadap saya.
“Tetapi, bila lihat David yakin dengan saya, saya terfikir kenapa saya sendiri tidak boleh yakin dengan diri sendiri. Saya sedar saya masih baru di dalam bidang pengarahan, jadi bagilah masa untuk saya buktikan kemampuan sebenar saya,” kata Pierre.

Saturday, September 15, 2007

Lagu Lagu Raya

Share







Musafir Di Aidilfitri - Jeffrydin
Lebaran Ini - Raihan, Rem, Ajai & Now Sweet Heart
Pulanglah - Aishah
Hari Mulia - Shiela Majid
Rindu Syahdu Di Hari Raya - Nurul
Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
Pulang Di Hari Raya - Asha Malik
Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
Kepulangan Anakmu - Aman Shah
Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina
Balik Kampung - Sudirman Setitis Cahaya Di Aidilfitri - Aishah

Erra ,Hans in memory

Share













Era Hans
Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, "I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility."

Layari laman web Hans, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian mereka di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau Mataking. Mereka bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama ada mereka bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh percutian mereka dan aktiviti selam skuba itu.

Vanessa Hudgens naked

Share







Is the girl in the picture Vanessa Ann Hudgen? Hmm... can somebody comments on this pictures? Maybe she looks similar with Vanessa Hudgen or maybe she is the real Vanessa Hudgen. She's pretty!








Hudgens began performing at an early age, appearing in musicals starting at age eight, by taking over a friend who couldn't go to the audition, and moved to Los Angeles after winning an audition for a commercial. She scored roles on shows such as Quintuplets, Cover Me, and Still Standing, then made her feature debut in Thirteen as Noel and appeared in the 2004 film Thunderbirds as Tintin. Her television appearances include guest roles on Quintuplets, Still Standing, The Brothers Garcia and The Suite Life of Zack and Cody, as Corrie, a classmate of Maddie and London. Hudgens also appeared on Drake & Josh, playing Drake's girlfriend, Rebecca.

Hudgens' largest role among teenage audiences has been starring in the Disney Channel movie High School Musical, which premiered in January 2006; BBC News said that the film's success turned Hudgens into a "household name" in North America.[5] Hudgens and Efron had won "Best Chemistry" award at the Teen Choice Awards for their roles.[6]

As a result of the film's popularity, Hudgens was offered a contract by Old Navy to appear in multiple commercials for the company. Hudgens had previously appeared in a swimwear commercial for the company in 2005.[7] She also appeared in a Blockbuster commercial for no late fees, as the teenage daughter. Also, Hudgens is set to be the new face of Neutrogena in 2007, appearing in both film and print ads. Hudgens is also an endorser of the Ecko line. Hudgens participated in the Disney Channel Games 2006, which was filmed in April 2006 and aired two months later.

Hudgens finished filming High School Musical 2 on April 13, 2007, in St. George and Salt Lake City, Utah. In both films, Hudgens stars as shy, intelligent Gabriella Montez. The film premiered on the Disney Channel on August 17, 2007.

The first High School Musical spawned a hit soundtrack, a worldwide concert tour, a show at Walt Disney World, and even a book series that helped Hudgens land in Forbes magazine's list of top-earning stars under 21." In the list, the 18-year-old Hudgens was No. 7 with estimated earnings of $2 mill

Rita Rudaini Dengan Boyfriend

Share







Owh Owwwh!! Kan dah kantoi. Amboi Rita! Bukan main kepit lagi. Boyfriend ker? Heheeee....





Sekitar Majlis Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran

Share







Beginilah suasana sekitar pertunangan artis sensasi yang pernah menjadi kontroversi tidak lama dahulu. Ini merupakan pertunangan si artis tersebut buat kali ke-berpa yer?. Huhuuu... dah berkali-kali tunang, dah berkali-kali kahwin tapi masih lagi cantik. Buat majlis pertunangan pun dah macam majlis perkahwinan. Inilah dia Erra Fazira yang telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Engku Emran. Untung si Engku Emran dapat bakal isteri yang lawa, dan untung juga si Erra dapat bakal suami yang poket tebal. Hehehheee... semoga kamu berbahagia. Usahlah mencetuskan kontroversi lagi wahai artis. Bukan apa, yer lah kalau dah asik orang yang sama jer buat kontroversi lama-lama kami pun muak. Muahahahaaaaa!!!








Thursday, September 13, 2007

Gosip dan Hiburan Malaysia

Share







-Scandal Ashraf Sinclair n Bunga Citra Lestari
-Bulan madu Siti dan Dato' K
-Gambar panass Intan Ladyana
-Anugerah Era 2007
-Sekitar Majlis Tunang Erra dan Engku Emran
-Rita Rudaini Dengan Boyfriend
-Vanessa hudgens naked
-Erra , Hans in memory
-Pierre : Saya Pernah Sayang Fasha
-Spedo Rama
-Rossa Sedia Maafkan suami Curang
-Apa rahsia Kad SIM Yang Ditelan?
-Gambar Ina Bertunang
-Rumah Tangga Nash Tak Dapat Diselamatkan Lagi
-Teman Tapi Mesra,memang mesra pon
-Paula Malai ALi...Beraninya!!
-Jee akui Bercerai
-Skandal Artis Kita
-Bomoh Penipu..GAMBAR rEAL
-Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta
-Dua Suspek kes Nurin dikehendaki polis
-Dato siti sekarang..seksi
-Siti ,Dato k dan anak2 shopping di klcc
-Nasha Aziz admits she's not stable
-Traffic police - corruption
-resume terbaik
-Berhati2 sblm bercakap dengan bini
-Antara soalan bodoh yg kerap ditanya
-Lawak sengal
-JPJ - semak saman anda untuk tahun 2007
-chocolate Kamasutra
-Angkasawan Malaysia Pertama ke Bulan
-Jessica Simpson nipples wave fans
-Hubungan Fasha n Pierre Andre Intim, Sambutan Hari Jadi Fasha Sandha
-Avril lavigne half nude photos and more
-Girlfriend Danny X-Factor
-Joke: Sex Education By Phua Chu Kang
-Joke: 3 Beradik kahwin serentak
-Joke: Bunuh Diri
-Jokes: Lawak santai..mari2 rehatkan otak..
-jokes:Lawak antarabangsa 1
-Jokes: Lawak Sam dan Dol
-Jokes : Teka teki..jom uji minda
-Jokes: Cerita Ceriti
-News: A boy commited suicide after a Fugle Date
-jokes:ilmuwan ; Pengatahuan penting yang anda tidak tahu
-jokes:Salah Tafsir
-Magic : Sensasi's magic..jom try..best!!
-Cerita Lawak Sekupang..hehehe
-Love Personality -90% reall!!
-Berita Terkini -Kes cabul menantu
-Cerita Seram ganaz-cannibal raisin

Anugerah Era 2007

Share







Sunday, September 09, 2007
Anugerah ERA 2007 - Lelaki Ini Memukau !

Segalanya sudah pun selesai. Setiap anugerah telah pun ada pemenangnya. Setiap penonton pastinya terpukau dengan persembahan mantap dari Anuar Zain dengan lagu Lelaki Ini. Tidak kurang hebat ialah Diddy dengan lagu Hilangnya diiringi oleh Nikki dengan vokal sopranonya.

Saya pula lebih terpukau dengan persembahan Akhbar dan Tukang Kata dengan lagu Manusia Lupa. Mengakhiri persembahan dengan iringan air mata adalah sesuatu saat persembahan yang sukar dilupakan. Saya benar-benar terpukau dengan persembahan mereka. Lebih menarik apabila persembahan tersebut turut diiringi oleh barisan Feratik yang melompat-lompat menonton persembahan mereka. Mereka juga lupa agaknya. :)

Lebih menjadi anti-klimaks apabila Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Singa AF ditugaskan menjadi pengkritik untuk persembahan tersebut ala Akademi Fantasia. Mungkin tidak menonton persembahan tersebut, Ogy mengatakan persembahan Tukang Kata tidak cukup gali. Mana mungkin tidak cukup gali jika beliau sendiri sudah mengalirkan airmata. Persembahan tersebut sudah cukup malah terlebih gali. Orang kata "ada ubi ada batas, ada hari boleh balas", Ogy pula dikenakan oleh Kak Fatimah Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengkritik persembahan Ogy bersama Urban Method. Ayat "gali kuboq sendiri" sungguh klasik dan akan menjadi antara saat yang diingati dalam penganjuran Anugerah ERA.

Persembahan pertama kali antara Ogy dan Urban Method dengan lagu Wajah Rahsia Hati juga menarik. Dengan gaya selamba walaupun bertudung, Ogy mampu untuk menarik perhatian saya untuk menonton persembahannya. Memang puas hati.

Berbalik semula kepada lagu berhantu Lelaki Ini dendangan Anuar Zain memang meremang bulu roma. Kekuatan utamanya adalah iringan muzik orkestra yang diketuai oleh Ramli MS. Memang dapat dengar segala instrumen yang ada di atas pentas tersebut. Memang sedikit kurang puas hati bila penonton pada tahun ini kurang memberikan tenaga kepada keseluruhan produksi walaupun Anuar Zain telah memberikan persembahan yang hebat.

Persembahan vokal Diddy menjadi malam tersebut dan vokal Nikki telah melengkapkan persembahan tersebut. Lagu Hilang dendangan Dayang Nurfaizah turut disertakan dalam segmen tersebut. Sewaktu lagu Hilang didendangkan, klip video beberapa selebriti yang telah meninggal dunia telah dipertontonkan. Yang peliknya hanya ada Tan Sri P.Ramlee, Sudirman Haji Arshad, Hani Mohsin Hanafi dan Izi Yahya. Mana yang lain ? Mungkin lagu Hilang agak pendek dan tidak muat untuk diletakkan semua klip video mereka yang telah meninggal dunia.

Mengimbau kegemilangan filem Gila-Gila Remaja, kumpulan Kristal ditugaskan untuk membawa lagu Memburu Impian yang dipetik dari filem tersebut. Gimik motor yang telah ditunggang oleh pelakon asal filem tersebut, Faizal Hussein meriuhkan Arena All Stars. Makin menggamatkan dewan tersebut bila Faizal Hussein menjemput Kazar, penyanyi asal lagu tersebut untuk naik ke pentas menyanyi bersama Kristal. Ramai budak-budak sekarang mungkin ingat lagu tersebut merupakan lagu Kristal, padahal lagu tersebut telah pun popular sejak tahun 1984 lagi. Sekurang-kurang generasi kini telah pun tahu yang Kazar dulu merupakan seorang penyanyi. Kazar dulu antara peserta Bintang RTM. Seangkatan siapa saya kurang pasti. Sama ada finalis atau pun semi finalis pun saya kurang pasti.

Vince selaku Juara sulung Akademi Fantasia manakala Mila selaku Juara terkini Akademi Fantasia tidak menghampakan apabila menyampaikan lagu-lagu finalis Vokal Lelaki Pilihan dan Vokal Wanita Pilihan. Dah lama Vince tidak muncul di kaca TV, sekali sekala muncul Vince nampak lebih bersedia kali ini. Bercakap tentang bersedia, nampaknya ada mulut busuk yang telah menyampaikan kepada pihak tertentu tentang blog saya tentang Konsert Reunion AF5. Yang pelik bila hanya gambar yang dipos tetapi mengikut sumbernya mengatakan saya telah bercerita buruk tentang Konsert Reunion. Mungkin yang diceritakan itu berdasarkan sembang-sembang kosong dan bukannya yang telah ditulis di blog. Tak tulis apa pun. :)

Apa lagi ya. Persembahan sudah. Senarai pemenang pun sudah. Lepas habis majlis anugerah, saya bergerak ke Post Party. Buat PR sikit. Jumpa Kak Fatimah Abu Bakar dan team Yassin dan beberapa lagi. Makan 5 ketul "chicken wing" dan kemudian saya kembali ke Kuala Lumpur pagi itu juga.

Belum puas komen lagi...Ada lagi...:)









































Pemenang Anugerah Era 07

Kategori Artis Harapan Pilihan
Pemenang: Mila AF5

Kategori Vokal Wanita Pilihan
Pemenang: Datuk Siti Nurhaliza

Kategori Vokal Lelaki Pilihan
Pemenang: M.Nasir

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
Pemenang: Jamal Abdillah/Mawi

Kategori Band Pilihan
Pemenang: Spider

Kategori Irama Global Pilihan
Pemenang: Nafas Cahaya – Misha Omar

Kategori Lagu Nasyid Pilihan
Pemenang: Al-Jannah – Mawi

Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan
Pemenang: Point Blanc/Jaclyn Victor

Kategori Lagu Rock Pilihan
Pemenang: Mahakarya Cinta – Faizal OIAM

Kategori Lagu Pop Pilihan
Pemenang: Persis Mutiara – Mila AF5

Kategori Pilihan Kaki Wayang
Pemenang: Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production

Kategori Video Muzik Pilihan
Pemenang: Langit Biru – Mawi

Anugerah Seni Era
Pemenang: Alleycats

Anugerah Carta Era
Pemenang: Kenangan Terindah (Samsons)

Anugerah Nada Dering Pilihan Hotlink
Pemenang: Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) Jinbara

Sofa Hotlink
Pemenang : Mashita Sham

Saat ERA Hotlink
Pemenang : Nur Aniqah Abdul Qahhar
Related Posts with Thumbnails

Anda Pelawat yang ke-